SERTAI LARIAN UNITI 5KM

Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke 60 & Hari Malaysia Ke 54; Pusat Khidmat Rakyat Dewan Negeri Seri Andalas menganjurkan program separuh hari bermula dengan Larian Uniti "Fun Run" 5KM. Pelbagai program menarik seperti Konsert Kemerdekaan dan Penanaman Kapsul Masa akan menyusuli. Program akan diadakan pada 16 September 2017 (Sabtu) bermula jam 6:30 pagi di Kolam Rekreasi Taman Sentosa, Jalan Kebun Nenas, Klang. Pendaftaran adalah percuma, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan dibuka mulai 14 Ogos 2017 dan tutup pada 16 September 2017 jam 6:30 pagi. T-shirt percuma juga diberikan kepada 1000 peserta terawal mendaftar. Pek sarapan akan diberikan kepada semua peserta. Program akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan. DAFTAR SEKARANG

TENTATIF PROGRAM
Larian 5km

6.30am: Pendaftaran > 7.00am: Senaman memanas badan > 7.15am: Flag Off oleh YAB Menteri Besar Negeri Selangor.

Konsert Kemerdekaan

Program seterusnya dimeriahkan dengan konsert untuk peserta program dan pengunjung pada hari acara.

Penanaman Pokok

Acara simbolik penanaman pokok yang akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Selangor.

Melepaskan Ikan

Pelbagai jenis ikan akan dilepaskan ke dalam Kolam Rekreasi yang akan menjadi daya tarikan tambahan pengunjung.

Penanaman Kapsul Masa

Sediakan mesej anda dalam sampul (saiz maksimum sampul separuh A4) untuk dimasukkan kedalam Kapsul Masa yang akan ditanam pada hari program dan dikeluarkan pada 2077 (60 tahun akan datang!)

Cabutan Bertuah

Menangi hadiah-hadiah yang disediakan, cabutan bertuah akan disampaikan pada penghujung program.